Jom mulakan kelas kita :

LATIHAN PENGUKUHAN



Sila print dan jawab soalan di bawah dan hantar di kelas.



RPH

MATAPELAJARAN                : Sains
KELAS                                   : 4 Amanah
BILANGAN PELAJAR           : 30 Orang
MASA                                     : 8.15 – 8.50 Pagi
HARI                                      : ISNIN
TARIKH                                 : 13 NOVEMBER 2016
STANDARD KURIKULUM      :
TOPIK                                    : Fotosintesis

NILAI                                      : 
1.    Menghargai tumbuhan yang ada di sekitar kita
2.    Mensyukuri nikmat Allah


HASIL PEMBELAJARAN   : Pada akhir pelajaran pelajar dapat :

1.    Menyatakan fotosintesis ialah proses tumbuhan membuat makanan sendiri
2.  Memahami proses fotosintesis.
3.    Menjawab soalan berdasarkan nota dan pemahaman pelajar tentang topik yang dipelajari.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH
KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI PELAJAR
CATATAN
SET INDUKSI
( 5 MINIT )
Pengenalan
Proses Tumbuhan Berkembang
Guru menayangkan video tentang proses pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan
Pelajar  melihat, mendengar dan cuba memahami isi kandungan video itu.
Blog
PENGENALAN
( 15 MINIT )
Pengertian fotosintesis
1. Guru memberi maksud fotosintesis melalui nota dan rakaman video.
1. Pelajar  melihat, mendengar dan cuba memahami isi kandungan video itu.
2. Pelajar mendengar setiap penerangan video  dengan prihatin.

Blog
PENGEMBANGAN
( 25 MINIT )
Proses Fotosintesis
1. Guru menayangkan video yang dihubungkan bersama blog yang telah disediakan.
2. Video yang mewakili guru menerangkan kepentingan kandungan yang diperlukan untuk menghasilkan fotosintesis.

1. Pelajar  membaca nota yang disediakan dan memahaminya.
2. Pelajar mendengar setiap penerangan video rakaman dengan prihatin bagi memahaminya dengan lebih lanjut

Blog
PENGUKUHAN
( 20 MINIT )
Kuiz.
1.Guru menyediakan Kuiz

1. Pelajar diminta untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan pembelajaran di kelas maya.


Blog
PENTAKSIRAN
( 10 MINIT )
Latihan Kendiri

1. Guru  menyediakan latihan kendiri berdasarkan tajuk yang telah dipelajari.

1. Pelajar perlu menjawab soalan tersebut berdasarkan pemahaman dan nota yang telah disediakan

Blog

NOTA

Fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari




Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkap cahaya matahari

Faktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis
1. Cahaya matahari
2. Klorofil
3. Air
4. Karbon Dioksida




Jom baca mengenai bagaimana Cikgu Rosmah dan pelajar-pelajar nya melakukan aktiviti menguji kehadiran kanji bagi membuktikan berlakunya fotosintesis dalam daun!





Kepentingan Fotosintesis

1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma
2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara

Kitar Karbon

Kitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.



Kitar Oksigen

Kitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan