Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkap cahaya matahari
Faktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis
1. Cahaya matahari
2. Klorofil
3. Air
4. Karbon Dioksida
Jom baca mengenai bagaimana Cikgu Rosmah dan pelajar-pelajar nya melakukan aktiviti menguji kehadiran kanji bagi membuktikan berlakunya fotosintesis dalam daun!
Kepentingan Fotosintesis
1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma
2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara
Kitar Karbon
Kitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.
Kitar Oksigen
Kitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan